Friday 16 November 2012

Fadhilat Surah Al-Waqiah

Sabda Rasulullah s.a.w.:

 "Barang siapa yang membaca Surah Al-Waqi'ah setiap malam maka dia tidak akan ditimpa   kekafiran dan kemiskinan  selamanya.  Dan Surah Al-Waqi'ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua."

Dinamakan Al-Waqi'ah kerana diambil dari lafaz Al-Waqi'ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.  Di dalam surah Al-Waqi'ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir.  Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari kebangkitan.

Di dalam Surah Al-Waqi'ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:

  • Bila orang membiasakan diri membaca surah ini setiap malam satu kali, maka ia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
  • Bila baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
  • Jika dibaca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaallah di tunaikan segala hajatnya khususnya berkaitan dengan rezeki.
  • Supaya menjadi  orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca  surah ini sebanyak 3 kali selepas solat Subuh dan 3 kali selepas solat Isyak.  Insyaallah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
  • Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki.  Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.  Setiap selesai solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi'ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isyak bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti  dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali.  Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah.  Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang.  Insyaallah berhasil.
  • Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaallah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya.  Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya.  Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insyaallah segera melahirkan dengan mudah.  Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Insyaallah, dengan mengamalkan seperti berikut, disusuli dengan usaha, pasti Allah akan memakbulkannya.



No comments: