Friday, 30 November 2012
Thursday, 29 November 2012
Tuesday, 20 November 2012
Monday, 19 November 2012
Friday, 16 November 2012
Fadhilat Surah Al-Waqiah
Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Barang siapa yang membaca Surah Al-Waqi'ah setiap malam maka dia tidak akan ditimpa kekafiran dan kemiskinan selamanya. Dan Surah Al-Waqi'ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua."
Dinamakan Al-Waqi'ah kerana diambil dari lafaz Al-Waqi'ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi'ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari kebangkitan.
Di dalam Surah Al-Waqi'ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:
- Bila orang membiasakan diri membaca surah ini setiap malam satu kali, maka ia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
- Bila baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
- Jika dibaca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaallah di tunaikan segala hajatnya khususnya berkaitan dengan rezeki.
- Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat Subuh dan 3 kali selepas solat Isyak. Insyaallah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
- Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selesai solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi'ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isyak bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insyaallah berhasil.
- Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaallah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insyaallah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Insyaallah, dengan mengamalkan seperti berikut, disusuli dengan usaha, pasti Allah akan memakbulkannya.
Lailaha Illallah
Assalammualaikum
selamat pagi semua
jom kita berzikir dengan zikir daripada Hafiz Hamidun
lagu ini sangatlah best
Thursday, 15 November 2012
Salam Maal Hijrah
Assalammualaikum..
Selamat menyambut tahun baru islam 1434 Hijrah
Semoga tahun baru ini lebih bermakna untuk kita semua
Semoga kita berubah menjadi kepada yang lebih baik
Bukan bermaksud sebelum ini tak baik cuma kita tambahkan lagi usaha untuk menjadi lebih baik
Tuesday, 13 November 2012
Al-Fatihah
Maksudnya :
1. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
2. Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam,
3. Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang,
4. Pemilik Hari Pembalasan.
5. Hanya Kepada Engkaulah Kami Menyembah dan Hanya Kepada Engkaulah Kami Mohon Pertolongan.
6. Tunjukilah Kami Jalan Yang Lurus,
7. (iaitu) Jalan Orang-orang Yang Telah Engkau Beri Nikmat Kepadanya, Bukan (jalan) Mereka Yang Dimurkai, Dan Bukan (pula jalan) Mereka Yang Sesat.
Subscribe to:
Posts (Atom)